Hadis Riwayat Muslim,"Sebaik-baik wangian adalah wangian kasturi"
Ramai
yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu
apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman,
wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah
antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.
Kasturi
bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai
kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling
berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.
'BAHAWA
dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya
pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis
riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan
kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian
lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan
kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum
dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun,
sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa
ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga,
buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan
minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun
kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga
bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut,
seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila
tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi
yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah
menjadi hitam dan keras.
Jika
ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan
bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian
beralkohol.
Sejak
ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi
juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai
menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan
produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja
menghasilkannya.
Dalam
dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi
iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular
adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya. Bukan
tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus
yang besar saiznya.
Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus).
Dalam
bidang perubatan tradisional kasturi dipercayai mampu mengembalikan
kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran
darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak
dan meredakan kesakitan.
Oleh
kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis
beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi
perubatan.
Ia
dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya
mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan
bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi
sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di
India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah
perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema,
demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih
dijalankan tentang dakwaan tersebut.
Kegunaan
paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik
minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat
juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol
jualan. Ia akan menambah nilai harganya.
Ada
yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau
hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif.
Dianjurkan
pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan
mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi
berasal dari haiwan.
Selain
faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan
tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama
seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas
atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang,
begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya,
ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh
kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat
bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.
Wangian Kasturi Wangian Syurga.
Antara Kelebihan Kasturi:-
-
Memberi kekuatan kepada roh.
-
Melegakan stress.Sebagai pendidnding dan perisai diri.
-
Meningkatkan keyakinan diri.
-
Menenangkan jiwa.
-
Mencergaskan akal dan menyihatkan otak.
-
Mengurangkan ketakutan dan kebimbangan.
-
Mengurangkan gementar dalam tubuh.
-
Menyukakan para malaikat dan solehin.
-
Menjauhkan ganggaun makhluk halus.
-
Mneyedarkan orang yang pengsan.
-
Kesemuanya dengan keizinan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment